top of page

Kelab Penyiaran

Kelab Penyiaran telah ditubuhkan pada 1 Mac 2005 di bawah Sesyen 52, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).  Penubuhan ini sesuai dengan misinya untuk mempergiatkan pembangunan minda pelajar di dalam bidang penyiaran yang mementingkan kemahiran komunikasi.  Disamping itu, kelab ini juga menjadi platform kepada pelajar untuk mempelajari dan menimba pengalaman dalam bidang penyiaran khususnya dan dalam bidang pengurusan amnya.

 

Selain itu, penubuhan kelab ini juga ekoran daripada penubuhan radio kampus iaitu Uniutama.FM yang kini telah berusia lebih dua tahun.  Uniutama.FM berperanan sebagai radio yang mengutarakan perihal UUM dan memberikan informasi-informasi yang berbentuk keilmuan.  Dengan penubuhan kelab ini juga pelbagai bakat dikalangan ahli kelab dan warga UUM dapat digilap melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti juruhebah radio, pengacara majlis dan segala aktiviti yang berkaitan dengan bidang penyiaran. Untuk mendengar siaran radio ini para pendengar sila melayari internet di alamat www.uniutamafm.uum.edu.my. Radio ini bersiaran setiap hari ahad hingga khamis bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sekiranya berminat menyertai kelab ini boleh berhubung dengan penasihat kelab En Faizul Awang di talian 04-9284206

bottom of page