Info Unit
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Unit Pentadbiran berperanan bagi menyelaras segala urusan pentadbiran, mengurus pembangunan sumber manusia, fizikal serta merancang, mengurus dan mengawal belanjawan di Pusat Budaya dan Seni.
Pegawai bertanggungjawab : Syamimi Binti Mohd Zaini
UNIT LOGISTIK DAN FASILITI
Unit ini memastikan peralatan dan persekitaran bangunan Pusat Kegiatan Pelajar sentiasa bersih, kemas, teratur dan sentiasa sedia boleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, unit ini juga berperanan sebagai tulang belakang bagi sesuatu persembahan khususnya dari segi persiapan tempat, sistem bunyi dan sistem cahaya.
Pegawai Bertanggungjawab : Mohd Baharizan Bin Zainol
UNIT TEKNIKAL
Unit ini berperanan melaksanakan skop kerja dan fungsi sedia ada dengan lebih meluas yang sesuai dengan perubahan teknologi dan ICT masa kini dan bertanggungjawap terhadap peralatan teknikal di PBS di samping menyediakan kemudahan teknikal dan peralatan seperti rakaman video, sistem siaraya dan pandang dengar. Selain itu unit ini juga mengendalikan peralatan visual, lighting dan siaraya untuk setiap program anjuran UUM dan Melengkapkan PBS dengan pelbagai jenis media yang terkini dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
Pegawai bertanggungjawab : Mohd Fekri Zakaria
UNIT PRODUKSI
Unit ini berperanan bagi merancang, menyelaras, mengendali dan melaksanakan pelbagai bentuk latihan bersifat formal dan nonformal secara bersepadu khususnya yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian dalam dan luar kampus.memberikan penumpuan perlaksanaan pengurusan program dan acara yang dianjuran oleh PBS. Selain itu unit ini juga berperanan memastikan semua program yang dianjurkan dapat diuruskan dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Pegawai Bertanggungjawab : Asmawiza Bt Hussin
UNIT PENGURUSAN MUZIK
Bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan muzik seperti, latihan muzik, pemilihan pemuzik dikalangan pelajar, pemilihan lagu-lagu untuk persembahan, pertandingan dan penyelangaraan peralatan muzik.
Pegawai Bertanggungjawab : Mohammad Haris Bin Abd. Azis
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Unit ini bertanggungjawab kepada bidang komunikasi dan juga pemasaran kebudayaan bagi program-program yang di jalankan oleh Pusat Budaya dan Seni. Ini termasuklah mengadakan publisiti dan menyelaraskan berita aktiviti kebudayaan serta mengumpul maklumat dan dokumen bagi tujuan dokumentasi.
Pegawai Bertanggungjawab : Faizul Bin Awang
UNIT LATIHAN DAN KESELAMATAN
Unit Latihan dan Keselamatan berperanan bagi mengadakan latihan dalam bengkel, kursus, seminar dan sebagainya untuk kakitangan PBS dan mahasiswa. Selain itu unit ini juga berperanan memastikan keselamatan dan alatan fizikal berfungsi dengan baik.
Pegawai Bertanggungjawab : Nazri Yauddin Bin Haji Nawawi
UNIT PENERBITAN DAN PENYELIDIKAN
Unit Penerbitan dan Penyelidikan berperanan bagi melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan inovasi dalam kebudayaan dan kesenian. Selain itu unit ini juga berperanan memberi perkhidmatan sokongan secara pemusatan bagi segala bentuk penerbitan, percetakan dan pengedaran maklumat-maklumat kebudayaan.
Pegawai Bertanggungjawab :