top of page

Kelab Kewartawanan

Kelab Kewartawanan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 atas keperluan Akhbar Utara yang merupakan akhbar rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada masa itu. Kelab ini berfungsi untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar yang berminat dalam bidang kewartawanan seperti suntingan berita dan juga rakaman foto. Antara aktiviti tahunan yang dijalankan oleh kelab ini seperti Bengkel Asas Kewartawanan, Bengkel Seni Fotografi dan juga sering mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat percetakan serta penerbitan terkemuka dalam negara.

Sekiranya berminat menyertai kelab ini boleh berhubung dengan penasihat kelab Encik Faizul di talian 04-9284206

bottom of page