top of page

Kelab Bidasari

Kumpulan  tarian  ini mula ditubuhkan pada tahun 1998 di bawah Unit Latihan Jabatan Hal Ehwal Pelajar kemudian pada akhir tahun 1999 kumpulan ini bernaung di bawah Unit Budaya dan Seni (UBS). Sebelum dikenali sebagai Bidasari, kumpulan ini memiliki beberapa nama lain seperti Kumpulan Tarian UBS, ATMA dan juga SirBedaya. Namun pada awal tahun 2003, namanya dengan rasmi ditukar kepada  Kelab Tarian Bidasari.

 

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu seni tari dengan lebih mendalam. Antara aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini adalah Bengkel Seni Tari, Bengkel Tarian Zapin Johor dan kelab ini juga melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai persembahan kebudayaan sama ada di peringkat kampus, institusi pengajian tinggi, kebangsaan dan bertaraf antarabangsa seperti IMT-GT Varsity Carnival

 

Sekiranya berminat menyertai kelab ini boleh berhubung dengan penasihat kelab Cik Asmawiza di talian 04-9284205

bottom of page