top of page

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman rasmi Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM). Laman ini diharap menjadi saluran penyebaran utama informasi terkini mengenai aktiviti, kegiatan dan kemudahan PBS bagi faedah penggiat serta pencinta seni dan budaya masyarakat kampus.

 

Pewujudan laman ini adalah merupakan satu titik tolak bersejarah dalam konteks sebuah organisasi yang berteraskan kebudayaan dan kesenian di UUM. PBS tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama menyertai perkembangan teknologi maklumat dan seterusnya memanfaatkan kemajuan teknologi itu kepada golongan sasarnya. Dengan cara ini, ia secara langsung dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan organisasi.

 

PBS diwujudkan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu dan profesional tetapi juga menjadi seorang pemimpin dan penggerak yang berkesan di dalam usaha membangunkan industri kesenian negara.

 

Fungsi PBS ini ialah untuk berusaha ke arah melahirkan pelajar yang berbudaya luhur berasaskan kepada prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

 

Laman PBS ini tentunya selari dengan hasrat UUM untuk membangunkan satu rangkaian komunikasi bersepadu. Saya yakin dan percaya, dengan adanya laman ini, warga UUM dan orang awam akan memperolehi maklumat yang kemaskini mengenai PBS secara lebih cepat, tepat dan telus.

 

Semoga ia akan membantu meningkatkan lagi keberkesanan PBS menyelaraskan aktiviti berbentuk kebudayaan dan kesenian di dalam dan luar UUM.

 

Selamat mengunjungi laman web kami

 

HUZAIDY BIN HAJI HUSSAIN,BCK.

Pengarah
Pusat Budaya dan Seni
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia

Aluan Pengarah

bottom of page