top of page

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Istana Budaya (IB) telah berlangsung pada 20 Februari lalu bertempat di Bilik Sri Nilam, Istana Budaya.

 

MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof Dato' Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani.

 

Menurut Pengarah PBS Huzaidy Hussain, UUM menjadi institusi pengajian tinggi pertama mengadakan kolaborasi dengan IB melalui pemeteraian MoU ini.

 

Kolaborasi bermula sejak tahun 2011 dalam penganjuran pelbagai program seperti pengurusan konsert Orkestra Simfoni Remaja, Konsert Menjunjung Kasih, seminar pengurusan budaya, bengkel, kursus dan sebagainya yang telah dilaksanakan sebagai nilai tambah kepada mahasiswa UUM.

 

Kemuncak daripada pemeteraian ini, Konsert Stanza Cinta telah diadakan pada 04 dan 05 April 2014 bersempena dengan Sambutan Ulangtahun UUM 30 Tahun menggabungkan paduan suara 5 artis terkenal antaranya Amy Search, Noh Salleh dan Jaclyn Victor, Adira dan Haziq.

 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Hassan Ali, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Dr. Ahmadasri Alaudin dan Pengarah Pusat Budaya dan Seni (PBS), Huzaidy Hussain.

UUM IPT Pertama Meterai MOU bersama IB

bottom of page